Sunday, March 21, 2010

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDURRASUL PERINGKAT SURAU KAMPUNG GEMBUT 2010

Penceramah Undangan : Ustaz Hj.hanafiah bin Abd Razak
Ketua Falaq Syarie Jabatan Agama Islam Johor





Wednesday, March 17, 2010

GERAKAN RETROGRAD MARIKH DAN HARI KIAMAT

PAUTAN RENCANA ASAL :

Pengenalan

Terdapat khidmat pesanan ringkas (sms) yang tersebar luas mengenai planet Marikh
yang dikatakan telah mengalami putaran terbalik dan menyebabkan Matahari yang
selama ini naik dari arah Timur bertukar naik dari sebelah Barat, maka hal yang sama
akan segera berlaku ke atas Bumi kita kelak, menandakan Kiamat terlalu hampir.
Ia ada kaitan dengan artikel di dalam majalah antarabangsa al-Mujtamak keluaran
Februari 2006, bilangan 1687 yang memberitakan bahawa planet Marikh telah terhenti
peredarannya pada 30 Julai 2005 dan berpatah balik putarannya kebelakang, dari
putaran menghala ke Timur ke putaran menghala ke Barat. Penulis artikel itu membuat
ulasan bahawa fenomena ini menghasilkan perubahan ketara di mana Matahari yang
selama ini naik dari arah Timur di atas Marikh akan naik dari arah Barat, dan jatuh pula
ke arah Timur. Maka peristiwa itu terus memberi tanggapan bahawa apabila ia telah
berlaku ke atas Marikh, maka tidak mustahil ia akan berlaku pula ke atas Bumi. Ulasan
ini pula dikaitkan dengan apa pakar astronomi gelar sebagai retrograde motion
(gerakan retrograd).
Gerakan Retrograd
Tamaddun Yunani silam memanggil cahaya kecil yang bergerak di langit pada malam
demi malam sebagai planetes asteres yang bermaksud bintang kembara atau hanya
planetoi yang bermaksud pengembara. Perkataan planet berasal dari perkataan
planetoi.
Melalui cerapan mereka menyedari bahawa jejak perjalanan planet berbanding
dengan bintang-bintang lain adalah sukar difahami melalui model alam semesta yang
sedia ada di mana Bumi terletak di tengah-tengahnya. Yang menjadi masalah bagi
mereka ialah kesukaran untuk menerangkan gerakan retrograd planet-planet.
Gerakan ini bermaksud bahawa jejak perjalanan planet dari hari ke hari di langit sekali
sekala kelihatan berpatah-balik dari arah umumnya.
Perkataan retrograd berasal dari perkataan latin retro yang bermaksud kebelakang
dan gradus yang bermaksud langkah. Maka ia bermaksud langkah kebelakang.
Dalam astronomi juga terdapat retrograde rotation iaitu putaran retrograd atau
putaran kebelakang. Kebanyakan planet berputar pada paksinya mengikut arah
lawan jam. Putaran ini menyebabkan pada permukaan planet itu Matahari kelihatan
terbit di sebelah Timur dan terbenam sebelah Barat. Putaran retrograd bermaksud
putaran arah jam. Dengan itu Matahari akan kelihatan terbit di sebelah Barat dan
terbenam di arah Timur. Planet Zuhrah dan Uranus mengalami putaran retrograd.
Bagi pergerakan orbit juga terdapat retrograde orbit atau orbit retrograd.
Kebiasaannya dalam sistem suria sesuatu objek mengelilingi objek yang lain mengikut
arah lawan jam. Semua planet dan kebanyakan objek-objek kecil bergerak mengikut
arah lawan jam apabila dipandang dari kutub Utara Matahari. Pengecualian ialah
beberapa komet yang bergerak pada orbit yang sangat condong dan mempunyai
tempoh yang panjang. Objek-objek ini benar-benar bergerak mengikut arah jam dan
oleh itu mempunyai orbit retrograd tulen, juga dipanggil orbit retrograd langsung.
Adapun retrograde motion seperti yang disebutkan di dalam edaran sms merujuk
kepada apparent retrograde motion, iaitu gerakan retrograd ketara seperti yang
dilihat dari Bumi. Ia bukan gerakan retrograd sebenar. Ia merujuk kepada gerakan orbit
mengelilingi Matahari. Gerakan retrograd ini berlaku kepada semua planet yang
orbitnya di luar dari orbit Bumi dan ia bukan satu keanihan.
Ianya dapat diterangkan secara lebih sempurna apabila model sistem suria moden
digunakan. Ia adalah kesan atas perspektif pandangan dan dapat dilihat dari rajah
berikut :
Rajah 1 : Unjuran kedudukan planet luaran P dilihat daripada planet T semasa keduaduanya
sedang mengorbit Matahari. Unjuran dibuat pada selang masa yang seragam
ke atas latarbelakang bintang-bintang di langit yang kelihatan statik.
Rajah 2 : Dari Bumi unjuran pergerakan planet P kelihatan seperti di dalam rajah ini
dengan kedudukan A2 dan A4 sebagai titik-titik gerakan retrograd
Merujuk kepada dua rajah di atas (ihsan
http://en.wikipedia.org/wiki/Retrograde_and_direct_motion), andaikan Bumi ialah T,
Marikh ialah P serta A ialah unjuran kedudukan P pada langit yang dihiasi bintangbintang
yang kelihatan statik, dan imbuhan 1 hingga 4 merupakan kedudukan dengan
peredaran masa di mana 1 lebih awal dari 2 lebih awal dari 3 lebih awal dari 4. Rajah
kedua adalah gambaran apa yang dilihat dari perspektif Bumi. Titik retrograd ialah A2
dan A4.
Kekeliruan
Planet Marikh tidak mengalami putaran retrograd pada tarikh yang dinyatakan di atas.
Mengikut data dari NASA ia hanya mengalami gerakan retrograd pada sekitar 30 Julai
2003 (bukan tahun 2005 sepertimana yang diberitakan) dan juga pada 17 September
2003. Ia juga mengalami gerakan retrograd pada sekitar 20 September 2005 dan 30
November 2005.
Rajah 3 : Jejak gerakan retrograd planet Marikh pada tahun 2003
(ihsan :
http://mars.jpl.nasa.gov/allabout/nightsky/images/2003/whereLosAngeles_br.jpg)
Rajah 4 : Jejak gerakan retrograd planet Marikh pada tahun 2005
(ihsan : http://mars.jpl.nasa.gov/allabout/nightsky/images/2005/whereLosAngeles.jpg)
Sementara itu putaran retrograd dipercayai telah berlaku pada planet Zuhrah dan
Uranus semasa awal kejadian lagi. Kedua-duanya dipercayai adalah akibat
hentaman besar ke atas planet sehingga mengubah arah putaran mereka,
menjadikannya berputar dengan putaran retrograd.

Penutup

Maka berbalik kepada persoalan di atas, oleh kerana planet Marikh tidak mengalami
putaran retrograd maka seluruh kekeliruan yang berlaku mungkin terbit dari salahfaham
di antara putaran retrograd dengan gerakan retrograd (ketara). Gerakan
retrograd hanyalah fenomena optikal, ia tidak menggambarkan orbit sebenar planet
Marikh yang masih mengelilingi Matahari mengikut arah yang sama. Ia boleh
dianggap sebagai satu ilusi optik. Ia adalah fenomena yang berlaku berulang-ulang
dan telah diketahui sejak zaman Yunani silam lagi. Gerakan retrograd sekali-kali tidak
menandakan berubahnya arah putaran kerana kedua-duanya tidak berkaitan secara
langsung. Kita juga tahu bahawa arah putaran planet Marikh adalah sama seperti
dahulu, tiada sebarang perubahan. Maka kaitan yang cuba dibuat dengan arah
putaran Bumi gugur dengan sendirinya. Tetapi bagaimana pula dengan planet Zuhrah
yang juga merupakan jiran kepada Bumi?
Planet Zuhrah kerap disifatkan sebagai planet saudara (sister planet) dengan Bumi
kerana saiznya yang hampir sama besar. Dan ia mengalami putaran retrograd.
Adakah putaran retrograd yang dialami planet Zuhrah boleh membawa petanda
kepada Bumi? Bahawa Bumi juga akan menjadi seperti itu dalam masa yang segera.
Putaran retrograd Zuhrah hanya baru sahaja (tahun 1960’an) diketahui melalui
teknologi radar kerana permukaannya tebal diselaputi awan yang tidak
membolehkan kadar putarannya ditentukan secara optikal.
Namun, sebab–sebab berlakunya putaran retrograd masih belum dapat dipastikan
Terdapat beberapa teori yang mempunyai kekuatan, dan salah satunya ialah teori
hentaman semasa awal kejadian. Ini bermaksud planet Zuhrah telah dihentam oleh
sesuatu yang agak besar pada awal kejadiannya yang menyebabkan ia mengalami
putaran retrograd. Jika demikian, ia berlaku berbilion tahun yang lalu dan bagi Bumi
untuk mengekorinya memerlukan juga satu hentaman dahsyat seperti itu, yang akan
memusnahkan kehidupan di Bumi. Jika demikian, ia bukan lagi tanda kiamat, bahkan
lebih merupakan senario hari kiamat itu sendiri. Maka, saya menganggapnya kurang
berkemungkinan.
Teori lain mengenai putaran retrograd juga tidak menunjukkan bahawa ia akan
berlaku dalam masa yang segera ke atas Bumi. Oleh itu satu penjelasan masih
diperlukan bagi menjelaskan Matahari terbit di sebelah Barat. Saya tidak bercadang
untuk mengemukakannya di sini.
Walau apa pun kita tetap meyakini kedatangan hari kiamat dan kebenaran kata-kata
Rasul s.a.w. mengenai tanda-tandanya. Cuma telah berlaku salah-faham terhadap
tafsiran gerakan retrograd planet Marikh yang mengakibatkan teori tentang
kehampiran hari kiamat telah terbentuk dari fakta yang salah ini, dan ianya telah
tersebar luas bukan sahaja melalui sms tetapi juga di dalam akhbar dan VCD.
Walaupun kehampiran hari kiamat itu tidak dinafikan, tetapi penyajiannya melalui
fakta yang salah boleh menyebabkan kita menjadi bahan tertawaan dan persendaan
orang.
Lampiran A

Wednesday, March 10, 2010

SAMBUTAN MAULIDURRASUL PERINGKAT SURAU KG.GEMBUT KOTA TINGGI 1431H

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDURRASUL PERINGKAT SURAU KAMPUNG GEMBUT
TARIKH : 12.03.2010
HARI : JUMAAT
MASA : 8.00 MALAM
PENCERAMAH UNDANGAN : USTAZ HJ.HANAFIAH BIN ABD.RAZAK
MUSLIMIN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR